Wednesday, August 10, 2011

~~ lidah itu cermin hati.... ~~

 Lidah itu adalah cermin hati. Apa sahaja yang ditutur oleh lidah itu dicermin terus daripada hati”
Itulah sifat lidah. Jika pemilik lidah itu menuturkan kata-kata yang tidak baik,kata-kata yang kurang sopan atau tidak bermanfaat, maka sebenarnya ia adalah lahir daripada hatinya. 
Ini bertetapan dengan sabda Rasulullah SAW ,
Di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa daging itu adalah qalb.


Apa yang aku ingin ungkapkan disini adalah,jaga  lidah ketika berbicara dengan sahabat. kadang2, bila kita dah bersahabat lagi kita harus utamakan lidah untuk menuturkan setiap kata2..supaya persahabatan yang terjalin akan terus kukuh. benar, sahabat lebih mengenali kita lebih dari orang lain..tapi tidak bermaksud kita ada satu lesen untuk terus cakap lepas je.

memang salah satu tugas sahabat adalah menegur untuk kebaikan,tapi harus dititik beratkan cara teguran yang bagaimana harus diungkapkan untuk sahabat tersayang..sahabat yang baik tidak menegur, dan kemudian membangga diri dengan kelebihan yang dia ada. malah ada yang tergamak untuk menegur fizikal sahabat sendiri, sedangkan fizikal itu adalah anugerah ALLAH..dan turut membangga dengan paras rupa yang ALLAH anugerahkan,janganlah lupa bahawa itu hanya pinjaman dan sementara. aku juga pernah mengenali seseorang yang amat aku sayang sebagai sahabat, tapi tak tahu dimana silapnya..pernah dia datang kerumah dan cakap perli memerli..sehingga mak ku terasa hati dengan tingkahnya. aduhai sahabat, andai diri ini ada kesalahan dan andai ada yang tak berkenan luahkan secara elok, bukan dengan cara sebegitu..sehingga kau mengecilkan hati orang tuaku..sampai hatimu..menang kah kau bila berkata2 begitu??

malah ada juga  yang berniat baik untuk menegur sahabatnya, tapi tutur katanya sangat mengguris hati tanpa disedari...duhai sahabat,.ku juga punya hati, bila aku berdiam tidak bermaksud aku setuju,juga  tidak bermaksud aku tidak terluka dengan kata2 mu...jika kau sahabat yang baik, tegurlah aku dengan cara yang berhemah..bukan menegur dan kemudian membangga diri,..dan bukan menegur hanya untuk memuaskan hati mu,.

terima kasih buat dua sahabat ini..

yang benar2 membuat aku terasa dihargai,kerana mereka benar2 mengenali diri ini..menasihati untuk memperbaiki yang mengundang ketenangan hati...^__^
memang dalam setiap perhubungan akan ada masam manisnya, tapi bersama mereka semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berakhir dengan bermaafan...thanks yunks..



juga buat sepupu yang tersayang,umur tidak membezakan kite untuk bertukar pendapat,dan saling nasihat menasihati...




juga buat sahabat yang diatas,wlupun jarang ketemu..tapi kalian sentiasa bersama ku..nasihat kalian tidak pernah putus..esc cik mahfuzah..yang sentiasa aku ajak chating/call bila jiwa ku dilanda perasaan sedih dan resah..dan dia xpernah menghampakan aku dengan  tergurannya yang lebut, tutur katanya yang berhemah..nasihat yang bernas dan tidak melukakan..terima kasih kalian..


ku juga berharap agar aku diberikan sahabat baik lelaki untuk aku, menasihati secara baik,dan menghadapi susah senang dengannya..insyaALLAH...^___^

1 comment:

  1. yunk, terima kasih jugak kt ko sbb jadi sahabat aku...love u always~

    ReplyDelete